Salam cik/puan
Pertama sekali,
Kandungan didalam Normal set / Basic set / Acne set The Junni adalah 100% tanpa bahan kimia. Dan hanya menggunakan bahan organik sahaja seperti Buah strawberi, bengkuang, delima, bunga cengkih dan banyak lagi.
Untuk permula yang baru mengguna The Junni Pinkish White
Wajib rehatkan muka selama 1-2 minggu atau lebih untuk mengelakkan sebarang Healing Process belaku.
Jika cik/puan sudah rehat muka dalam tempoh tersebut,
Tetapi masih tumbuh jerawat, kami nasihatkan supaya stop 100%. Dan rehatkan muka sekali lagi. Apabila jerawat sudah kembali reda barulah cik/puan boleh menggunakan semula.
Masalah tumbuh jerawat selepas menggunakan skincare The Junni tidak semestinya berpunca daripada skincare tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh.
Jadi untuk memastikan jerawat pasir cik/puan berhenti/kurang ikuti langkah-langkah dibawah:
TIPS 💡
✔Pastikan cara penggunaan dengan betul&tepat.
✔Kebersihan skincare terjaga.
✔ Tidak campur mana-mana produk yang berlainan.
✔ Makan-makanan yang seimbang.
✔ Tidak terdedah pada cahaya matahari terlalu lama.
✔ Tidak terlalu kerap mengggunakan sabun yang akan menyebabkan kulit menjadi kering / mengelupas.
TIPS 💡.
masalah ruam / jerawat halus pula adalah akibat bakteria pada kulit, pastikan cik/puan menjaga kebersihan diri & bekas krim/ sabun sebaiknya.
Kitaran hormon & darah manusia juga berlainan dalam penggunaan skincare meskipun skincare tersebut bebas bahan kimia , ianya mengikut kesesuaian & penerimaan kulit wajah seseorang.
Tetapi sekiranya masalah ini masih berlarutan selepas mengikut tips-tips yang kami beri, kami nasihatkan untuk cik/puan berhenti menggunakanya kerana berkemungkinan tidak sesuai dengan kulit cik/puan.
Kami juga sentiasa menjaga mutu & kualiti setiap kandungan produk kami supaya ianya mendapat kesan yang baik pada kulit pengguna.
In sha Allah, kami akan perbaiki segala kekurangan dan masalah yang diadukan dengan segera.
Terima kasih atas aduan yang di beri cik/puan.