Pageviews from the past week

Tuesday, 14 June 2016

ANTARA SOALAN YANG SELALU SY DAPAT : 😊
SIS KENAPA MUKA SAYA NAIK JERAWAT/RUAM/PENING LEPAS AMBIL SUPPLEMENT
JAWAPAN: anda sebenarnya sedang mengalami HEALING CRISIS atau KRISIS PENYEMBUHAN. Ia tak jadi lama, selalunya 1-2 minggu sahaja lepas tu ia akan okey balik.
Kenapa HEALING CRISIS berlaku apabila kita mengambil makanan tambahan (supplement)?
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar molekul,
apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan.
Dan tindakbalas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan :-
Proses pembersihan
Penyingkiran
Menggantikan tisu yang lama dengan tisu yg baru dan lain-lain dengan berkesan.
💠sebagai cth, anda mengalami ruam pada kulit, jerawat, lebih banyak pergerakan usus dan ini merupakan tanda bahawa badan sedang menjalani
proses menyahtoksin.
Bayangkan sekiranya badan anda seperti paip yang berkarat dan bila anda meletakkan anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar dari dinding paip tersebut.
Dan ini akan membuat anda rasa lebih teruk serta banyak kotoran2 yang terdapat di sekeliling paip itu.
Tetapi, selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dam kembali bersih seperti baru.
HEALING CRISIS sebenarnya satu petanda yang baik.
ia menunjukan rawatan atau makanan tambahan (supplement ) yang diambil benar-benar berkesan.
Umumnya, KRISIS PENYEMBUHAN hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya ketahanan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
TAPI JIKA MASALAH SEPERTI RUAM/JERAWAT /PENING KEPALA berlarutan disarankan BERHENTI DARI AMALKAN SUPPLEMENT TERSEBUT!!!
TIPS HADAPI HEALING CRISIS
💮Bertenang xan bersabar
💮Kurangkan pengambilan dose(ambil sekali sehari pun ok untuk permulaan)
💮Minum air masak banyak banyak(3 liter)
💮Terus amalkan supplement

Wednesday, 8 June 2016

Punca liang pori-pori besar:
* Terdedah kepada matahari secara berlebihan
* Merokok
* Penuaan
* Genetik
* Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan
* Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil
Tip penjagaan wajah:
* Amalkan rawatan dan membersihkan muka secara berdisiplin.
* Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam
* Sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka
* Selalu scrub muka
* Banyak minum air masak
Just sharing ✌🏻

Wednesday, 1 June 2016

Minum 3 Liter Sehari!

Tips Paling Mudah, Minum 3 Liter Sehari!
🍷Minum 2 gelas air, sebaik sahaja bangun dari tidur dapat mengaktifkan dan mencergaskan organ dalaman. (petua awet muda nie tau, rugi tak ikut, hihihi)
🍷Minum air 1 gelas selepas solat subuh.
🍷Minum air 1 gelas sebelum mandi.
🍷Minum air 1 gelas Selepas mandi dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah.
🍷Minum air 1 gelas selepas solat zuhur
🍷Minum 2 gelas air 20 minit, sebelum makan, membantu sistem penghadaman
🍷Minum 1 gelas air selepas solat asar
🍷Minum 1 gelas air sebelum mandi petang.
🍷Minum 1 gelas air selepas solat maghrib
🍷Minum 1 gelas air selepas solat isyak
🍷Minum 1 gelas air sebelum tidur, mampu menggelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam.
Tapi mesti guna gelas lebih kurang 230ml tau, kalau guna gelas kecik tak valid untuk capai 3 liter sehari.
SHARE jika bermanfaat
ALHAMDULILLAH